loading...

GARA-GARA KALAH DALAM PERTANDINGAN GEGAR VAGANZA, FARADHIYA DILARANG 'BERCAKAP' 5 HARI


Disebabkan terlalu banyak menyanyi, suara naib juara Gegar Vaganza 2 iaitu Faradhiya kini masih serak dan berada dalam kondisi tidak baik.

Malah doktor juga menyarankannya agar banyak berehat dan melarang bercakap selama lima hari.



"Saya pun tak tahu sebab doktor pun tak bagi ubat lagi. Doktor cuma suruh saya berehat dan jangan bercakap selama lima hari. Mungkin selama ini saya banyak sangat menyanyi sebab tu disuruh diam.

"Macam mana nak buat tu kan sebab Farah pun shooting dan ada juga tawaran menyanyi. Jadi ya macam itulah," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.

Bagaimanapun, bila ada pihak yang menyuruhnya mendapatkan rawatan cara kampung, dia agak ragu sedikit.


"Memang ramai rakan-rakan yang suruh saya berubat cara kampung, tapi nanti ada pula yang kata saya pergi jumpa bomoh pula. Dah jadi hal lain," tambahnya berseloroh.

Difahamkan, penyanyi itu kini lebih banyak menerima undangan menyanyi di sana sini berbanding sebelum ini.

Untuk rekod, dalam pertandingan GV2 baru-baru ini, Faradhiya kalah kepada Siti Nordiana dengan hanya peratusan kecil iaitu 0.03 peratus sahaja.

loading...