loading...

52 GAMBAR - MAJLIS PERSANDINGAN HAZLIN HUSSAIN & MIOR






Gambar-gambar sekitar majlis persandingan pengacara rancangan 999, Hazlin Hussain dan pembaca berita Buletin Utama TV3, Mior Abdul Malek Raiyani yang berlangsung di Seri Iskandar, Perak semalam.

Sememangnya, persandingan ini ditunggu-tunggu oleh ramai peminat setia Hazlin dan Mior yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua. 







Di dalam majlis tersebut, Hazlin dan Mior kelihatan anggun dan segak dengan persalinan songket berwarna hijau.

Dalam pada itu, Hazlin pernah menyatakan impian iaitu ingin menimang anak kembar yang diidamnya sejak dulu.

"Seperti pasangan lain, sudah pasti selepas berkahwin mahu menimang cahaya mata. Memandangkan usia saya juga dah banyak jadi saya tidak mahu merancang soal anak.



"Sejak dulu saya memang mengidam nak anak kembar. Jika ditanya impian saya sudah pasti saya mahu menimang cahaya mata kembar jika diizinkan Allah," ujar Hazlin dipetik sebagai berkata.

Mereka yang sudah berkenalan sejak 12 tahun yang lalu sudah memiliki perancangan tersendiri soal kerjaya mereka. Walaupun jadual kerja mereka sangat padat, Hazlin sebolehnya akan membahagikan masa yang terbaik untuk keluarga dan kerjayanya.

Untuk rekod, Hazlin dan Mior mendirikan rumahtangga mereka pada 13 Disember lalu di Dewan Astana Era Mewah, Sungai Buloh.









































































loading...